[VIDEO] “Terasa hati dengan Zizan” Aliff Syukri Terasa Niat Jadi PM Dipertikai, Ini Respon Zizan Razak

Sedang hangat diperkatakan tentang politik ketika ini selepas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

Kini terdapat ramai ahli politik yang menggunakan peluang ini untuk menjadi Perdana Menteri Yang Ke-9.

Namun ada juga insan yang tiada pengalaman yang tentang politik mahu turut bertanding untuk pemilihan tersebut. Itulah dia pengasas kosmetik terkenal iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri.

Sebelum ini beliau telah memuat naik satu posting di Instagram miliknya dengan menunjukkan ‘resume’ dirinya untuk memohon jawatan tertinggi negara sekaligus menjadi pemimpin seluruk rakyat Malaysia.

Posting tersebut telah mendapat kecaman netizen yang mendakwa dirinya tidak layak menjadi pemimpin.

Bukan itu sahaja malah ibu kepada pengasas kosmetik tersebut turut melarang anaknya berbuat demikian.

Terbaharu, Dato Sri Aliff Syukri telah membuat IG live bersama pelawak terkenal Zizan Razak. Mereka membahas tentang perkara.

Walaupun begitu dia dikatakan sedikit terkilan dan terasa hati dengan Zizan.

Katanya dia berasa agak terkilan kerana Zizan tidak menyokong hasratnya untuk menjadi pemimpin seolah olah dia tidak layak.

Hal tersebut yang membuatkan dia mematikan sesi IG live kerana berasa kecewa.

“Saya kena kuat utk menjadi peminpin negara.Bagi saya @zizanrazak869 tak patut buat saya mcm tu. Apa salah dan kurang saya awakkk” ujarnya di kapsyen.

“Maaf awakk sebab tu saya matikan je live tadi. hati sy terluka..sbb pada awal okey jer di sokong sy utk jadi calon perdana menteri. saya gembira sangat, tapi pada hujung-hujung video live. saya amat sedih, ayat dia buat saya terluka.”

Rata-rata netizen yang melihat gelagat mereka di IG ive berasa terhibur dengan tingkah laku pengasas kosmetik ini kerana beranggapan beliau tidak mempunyai hati yang kental.

“Nanti kena kecam dengan rakyat terus nangis2. Dalam parlimen nanti kene bantai dengan pembangkang karang nangis nangis”

“Nak jadi Perdana Menteri Hati Kene Kering Dato, baik teruskan business je” kata salah seorang netizen

Walau bagaimanapun, Zizan Razak telah memohon maaf kepadanya dan memberitahu kriteria menjadi seorang Perdana Menteri namun Dato Sri Alif Syukri enggan memaafkan pelawak tersebut kerana merasakan dirinya diperli.

“Bermula dengan dia melantik saya jadi TPM. Then saya hanya menegur jika dia PM apa yang dia boleh buat dan x boleh buat. Ehhh Pm marah Tpm pulak nampaknya.

“Melenting. Xboleh ditegur. Macamana tu??? Ade ke masa ucapan sampai Malaysia truly asia disebutnya.Itukan kerja Menteri pelancongan… haihhh @aliffsyukriterlajaklaris.”

Rata-rata pengikut Zizan terhibur dengan kelakuan mereka berdua yang disifatkan terlalu bosan PKP di rumah.

“Hahahahahaha adoiii abgggg dah bosan sgt ke duk ghumah” komen Amira Othman.

“Aya tengok live awak tuh tpi memang tk puas hati ngn pm tuh , sikit2 sensitif eh koyak pulak kitee.” komen salah seorang netizen.

Default image
admin
Articles: 750