[VIDEO] “Terpaksa gali semula kubur” Orang Kampung Baling Kayu Halau Ambulans Kebumi Jenazah C0VID-19

Seluruh dunia kini sedang berdepan dengan wabak C0VID-19. Semua orang dilihat panik dan cemas jika dijangkiti wabak berkenaan.

Namun begitu, itu tidak bermakna kita harus hilang pertimbangan seperti apa yang telah berlaku di negara jiran.

Sikap paranoid mereka ini sehingga menimbulkan prasangka buruk dan stigma negatif terhadap pesakit dan jenazah positif C0VID-19.

Menerusi satu video yang tular mereka sanggup singkirkan jenazah malang itu semata-mata bimbang dan takut diri berjangkit.

Halau sehingga melempar batu & kayu

Menerusi video tersebut, kelihatan penduduk berkerumun untuk membantah pemakaman jenazah korban C0VID-19 yang merupakan penduduk di kampung tersebut.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di Jawa Tengah. Video itu memaparkan masyarakat yang tidak senang dengan petugas medik yang hendak kebumikan jenazah.

 

View this post on Instagram

 

Jenazah pasien positif corona ditolak warga saat mau dimakamkan 😢😭 sedih bgttt – (part 1)

A post shared by It Is What It Is (@entebahluuul) on

Sekumpulan warga desa dilihat memberontak enggan menerima jenazah itu dikebumikan di kampung mereka sampaikan jenazah itu terpaksa dipindahkan keesokan harinya.

Halau ambulans dan halang dari masuk 

Selain itu, mereka turut menghalau ambulans itu daripada memasuki kawasan mereka kerana membawa jenazah positif C0VID-19.

Laluan petugas medik mereka dan ada yang teriak “kau patah balik!” kepada petugas sehingga ada juga yang melempar kayu kearah mereka.

Menerusi video kedua, kelihatan ketua kampung terpaksa turun padang untuk menenangkan penduduk mereka sampai dibantu oleh pihak polis.

Ketua kampung & polis terpaksa turun padang

Meskipun sudah kerap kali dipesan dan diterangkan mengenai virus ini, namun mereka masih enggan menerima jenazah tersebut.

“Saya di dalam ambulans, saya gak takut,” kata ketua kampung yang memakai pakaian lengkap perlindungan itu kepada penduduk.

“Bapak gak takut, tapi warga sini takut, pak,” jawab salah seorang penduduk.

Terpaksa gali balik kubur kerana penduduk membaling batu

Tidak berakhir dengan itu, petugas medik terpaksa menggali semula makam dan membawa jenazah keluar

Menerusi video kelihatan lebih dari lima orang petugas yang memakai PPE keluar dari area pemakaman.

Lebih menyedihkan, petugas medik juga dilempari batu oleh penduduk yang menyaksikan proses tersebut.

Jangan lempar batu, kita juga manusia

Sampaikan salah seorang dari petugas medik telah hilang sabar dan teriak kepada penduduk itu.

“Jangan lempar batu, kita juga manusia, Bro”.

Apa yang lebih menyedihkan, saat ambulans dan rombongan petugas meninggalkan lokasi pemakaman tersebut penduduk bersorak seakan gembira berjaya mengusir jenazah tadi.

Ketua kampung turut memohon maaf

Ekoran daripada peristiwa itu, ketua kampung, Achmad Husein meminta maaf kepada masyarakat.

Ketua kampung turut membuat satu video permohonan maaf yang telah dimuat naik menerusi Instagram peribadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Achmad Husein (@ir_achmadhusein) on

“Saya mohon maaf kepada seluruh warga masyarakat atas kejadian pemakaman hari ini. Mungkin karena kami kurang sosialisasi dan mengedukasi masyarakat dengan baik”.

Saya memohom masyarakat untuk mengerti

Beliau juga turut berpesan agar masyarakat bersikap toleransi dan bertimbang rasa kepada korban virus corona.

“Tapi saya juga memohon kepada masyarakat untuk mengerti”.

Selain itu, Achmad Husein juga turut menjelaskan jika penularan corona lebih berbahaya antara orang yang masih hidup daripada pada jasad yang dah mati.

Beliau turut menerangka bagaimana virus tersebut boleh tersebar kepada penduduk kampung supaya mereka lebih memahami situasi sebenar.