[VIDEO] Tinggal Serumah Dengan Mentua, Kena Bebel Kalau 4 Pagi Belum Bangun Tidur

Apabila kita melangkah kaki ke alam perkahwinan, kita bukan sekadar mengenali perangai sebenar suami malah kita dapat mengenali juga perangai ahli keluarga belah suami.

Nak taknak kita terpaksa ‘hadam’ demi menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga. Bak kata orang dapat mertua yang baik itu juga rezeki.

Walau bagaimana pun, berbeza pula dengan kisah seorang wanita yang tular baru-baru ini

Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Syahririn di aplikasi Tiktok, dia sempat merakam detik sewaktu dirinya baru bangun daripada tidur.

Biarpun begitu, apa yang lebih menarik perhatian warga netizen, kedengaran dengan jelas suara sang mertua apabila mengetahui menantunya bangun lebih daripada waktu yang ditetapkan.

Difahamkan, Ibu mertua menetapkan untuk Syahirin bangun seawl 4 pagi.

Apa yang lebih menyakitkan hati, wanita ini juga dituduh ingin merebut suaminya daripada mak mertuanya itu.

video berdurasi 15 saat itu mendapat perhatian netizen dan seehingga kini, video tersebut berjaya meraih 5 juta tontonan, 207k tanda suka dan 8134 komen.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen memberi ‘idea’ agar wanita tersebut segera berpindah bagi mengelakkan salah faham sesama pasangan mahupun keluarga pasangannya.

“One reason why i dont want to get married”

“Stay strong dear, i hope you can move out from there”

“Masyaallah, kalau aku lebih memilih untuk keluar”

“Sama lah dengan saya semua sahaja yang tidak kena di mata mertua dihina, dikongkong”

“Buat wanita diluar sana, jika sudah serius dengan lelaki, dari awal buat perjanjian selepas nikah hidup sendiri”

Video tular di laman Tiktok

@ririnsitumorang1♬ original sound – sayang6_ – Pengenfyp