[VIDEO] “Toyol kepala hitam,” Pakai Seluar Dalam Curi Tabung Masjid, Dua Sahabat Dicari

Kita tahu bahawa kini ramai masyarakat yang mengalami hidupan yang mendesak kerana tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan disaat pandemik.

Namun ada juga yg mempunyai nafsu untuk memiliki yang lebih banyak, sentiasa rasa tidak cukup, padahal sebenarnya ia sudah memiliki penghasilan yang cukup.

Walau bagaimanapun, mencuri bukanlah jalan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan.

Sama seperti tindakan dua orang lelaki yang mencuri tabung sedekah masjid di Kabupaten Solok, Sumatera Barat.

Aktiviti pencurian itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup di masjid itu.

Namun apa yang mengejutkan adalah, dua orang lelaki itu tidak memakai sebarang baju dan hanya memakai seluar dalam sahaja sementara wajah mereka ditutup dengan topeng muka yang dibuat dari beg plastik.

“Masjid ini berada di depan Pejabat Bupati. Identiti pelaku tidak diketahui,” kata Syamsul Azwar. Katanya, tindakan kedua pelaku itu dirakam dengan jelas oleh kamera CCTV di Masjid Ikhlas Ar-Rahman.

“Ya, pelakunya hanya memakai seluar dalam. Malam tadi ia berlaku,” katanya.

Menurut Syamsul Azwar lagi, mereka berdua dipercayai mengambil tabung tersebut namun jumlah kerugian tidak dapat dipastikan dan suspek juga masih belum dikenal pasti dengn harpan pihak polis dapat mengambil tindakan tentang hal itu.

“Jumlah kerugian belum diketahui. Ada maklumat bahawa ia juga berlaku di masjid-masjid lain di sekitar lokasi,” katanya.

Ketua Polis Gunung Talang, AKP Seventri, ketika dihubungi media tempatan mengakui bahawa dia belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian itu.

“Saya sudah memeriksa dengan anggota, belum ada laporan,” kata AKP Seventri. Namun, dia mengesahkan bahawa maklumat mengenai kejadian itu berada di bawah bidang kuasa Polis Gunung Talang.

Video yang tular itu telah mendapat perhatian netizen di ruangan komen di Instagram dan kebanyakan mereka terhibur dengan dengan kelakuan pencuri itu.

“Dilihat dari mereka tanpa busana maksudnya sudah biasa membuat strategi. Tak pakai busana kerana mereka takut ada jejak di cctv pakaian apa yg mereka pakai, karna itu juga termasuk petunjuk.

“Kalau tutup kepala kerana takut style rambutnya jadi petunjuk kerana mereka meminimaliskan jejak yg tertinggal.

“Dilihat dari hal tersebut, mereka pasti orang daerah sekitar atau sudah pernah kesana untuk pastikan kedudukan CCTV”

“Lahh toyol kepala hitam” ujar netizen berseloroh.

 

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 750