[VIDEO] “Ubah kejadian asal ke?” Sanggup Berlumuran Darah Tanam Benang, Netizen Terkejut Perkongsian Amelina

Siapa sahaja tidak kenal dengan ‘Ratu Dangsut Malaysia’ iaitu Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin.

Digelar ‘Ratu Dangdut’ dek kerana kejayaan dan pencapaian beliau mencatat jualan setiap albumnya yang mencecah ratusan ribu unit! Hebat dan sangat berbakat.

Namun baru-baru ini Amelina terpalit dengan satu isu ekoran ‘posting’ nya di laman Instagram yang mencuri tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian itu, Amelina kelihatan sedang menerima rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ pada rahang dan hidungnya.

Proses yang agak menyeramkan itu nyatakan membutakan peminat dan para netizen kecut perut.

Dikatakan sebanyak 6 benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina dan hal itu sekali gus mendapat reaksi negetif dari netizen.

Disebabkan itu, Amelina tampil menjelaskan bahawa keputusannya untuk membuat rawatan itu hanyalah untuk membaiki keadaan wajah dan bukanlah ingin mengubah rupabentuk seperti yang dikatakan orang ramai.

“I WOULDN’T BE ANYBODY ELSE !”

“Kaklong taknak hidung angelina jolie sebab kaklong rasa hidung kaklong paling cantik”

“kaklong taknak pergi kopak kulit muka kaklong sebab kaklong nak jadi muka budak 16 tahun dah sah2 kaklong 40an…itu merubah nama nya bukan membaiki.”

Amelina juga mengakui bahawa dia cuma mahu dilihat ‘presentable’ setelah dihina

“Selekehlah, tak pandai jaga level lah, gemoklah, dah tua lah ( tapi memang kaklong dah tua pun..) do i cares?”

“kaklong ada kalau sagging kita tegangkan, kalau gemok kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam , kikis sana sini. JANGAN!”

“Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jangan yang kekal.” katanya

Video tular di laman Instagram

“Kaklong dah cakap dah kaklong memang cantik dari 30tahun lepas korang tak percaya”

“Fitrah alam klu muda tu apa pun cantik termasuk lah korang semua. ALLAH mmg bagi kita cukup lengkap.”

“Ada ke nampak yg di ubah ? Natural kan? Tetap muka Amelina tetapi nampak lagi fresh & tegang.”

“Yg penting hidung kaklong tu..lagi terletak cam time2 kaklong anak dara” ujarnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Amelina yang juga kini berusia 47 tahun memuat naik satu lagi video yang memaparkan perubahan wajahnya sebelum dan selepas melakukan rawatan tersebut.

 

Dalam pada masa yang sama, Amelina juga sempat berpesan kepada netizen yang menganggapnya mengubah rupa asal.

“Kalau adik ada nampak kaklong ubah bagitahu ok. Tunjuk satu-satu sama ada kaklong buang ke atau kaklong tambah”

“Risau juga kan nanti timbul fitnah pula”

Untuk pengetahuan umum, rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rawatan yang sedikit invasif yang bertujuan untuk mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher.

Ia dianggap sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat dan kurang invasif berbanding pembedahan facelift tradisional.