[VIDEO] Zarina Anjoulie & Zoey Rahman Bercinta? Ini Penjelasan Zoey Rahman

Nama pelakon Zarina Anjoulie terus meniti di bibir netizen dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Terbaru, desas-desus pelakon ini yang lebih mesra disapa Anju didakwa sedang menyulam cinta dengan Zoey Rahman.

Doakan kami

“Doakan kami.” Itu kata pelakon dan pengacara Zoey Rahman mengenai hubungannya dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie.

Keintiman pasangan itu mulai menjadi sebutan dalam kalangan pengikut mereka dan warganet selepas kedua-duanya kerap membuat sesi siaran langsung di Instagram.

Zoey seolah beri gambaran sedang bercinta

Malah, hantaran dimuat naik Zoey, 36, di Instagram juga seolah-olah memberi gambaran  mengenai hubungan cinta yang terjalin.

Menerusi laporan Harian Metro, menurut Zoey, dia dan Zarina sudah saling mengenali sejak sama-sama terbabit dalam filem Legenda Budak Setan pada 2010.

“Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Kami sedang berkawan dan kenali hati budi

“Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan. Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang.”

“Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi,” katanya.

Ramai juga kecam sebab dia lebih berusia dari saya

Jelas Zoey, sejak hubungan itu mendapat perhatian warganet, dia menerima pelbagai mesej peribadi (DM) dan komen. Ada yang suka dan ada sebaliknya.

“Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Orang tak nampak kebaikan dirinya

Selain itu juga, ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

“Sebenarnya dia ‘gila-gila’. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya.”

“Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya.”

Orang boleh berubah bila-bila masa saja

“Kita ini manusia biasa, jangan menilai orang berdasarkan apa yang nampak. Kita tidak tahu pengakhiran hidup macam mana.”

“Setiap orang ada fasa jahat, baik, jatuh dan bangun. Orang boleh berubah bila-bila masa saja.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Saya tidak mampu puaskan hati semua

“Sejujurnya, saya tak mampu puaskan hati semua. Mana yang suka, terima kasih. Jika sebaliknya, itu pilihan masing-masing,” katanya.

Malah apabila ditanya adakah itu hanya sekadar gimik bagi melariskan produk rangkaian Mikaseries, Zoey menafikannya.

Pemasaran gimik bukan sama sekali

“Pemasaran, gimik, bukan sama sekali. Saya ada banyak klien profesional. Takkan saya nak buat gimik bukan-bukan. Jadi saya kena profesional.”

“Lagi pun kerjasama saya dengan syarikat besar itu sudah ada syarat ditetapkan.”

Jom berkenalan?. Oh sorry lupa I’m taken  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

“Cumanya, apabila perkara ini tular sedikit sebanyak meningkatkan jenama produk saya. Kalau saya nak tumpamg populariti dia, jenama Mikaseries sudah popular dulu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan gosip berkenaan dan meninggalkan komen dan pendapat mereka mengenai isu berkenaan.