[VIDEO] “Rupanya 5 bulan ambil syabu…” Wajah Terbaru Nia Ramadhani Cengkung Jadi Perhatian

Penularan berita mengenai penahanan Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie membuatkan netizen di laman Instagram menyiasat keadaan pelakon berkenaan.

Apa yang mengejutkan ramai, netizen mula berkongsi foto terkini wajah pelakon terkenal itu yang kelihatan pucat.

Foto Nia memakai baru berwarna merah jambu

Menerusi laporan Liputan6, beberapa foto telah tular memperlihatkan Nia memakai baju berwarna merah jambu.

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika dia merakam video yang dimuat naik di laman Instastory miliknya baru-baru ini.

Wajah pelakon ini pucat dan kelihatan cengkung

Apa yang mengejutkan, wajahnya tidak sekadar pucat malah pipi pelakon yang popular dengan watak ‘bawang merah’ itu juga kelihatan sangat cengkung dan kelihatan matanya lesu.

Malah, menurut netizen penampilan terkini Nia yang kelihatan sangat berbeza itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan dadah.

Nia dan suaminya disahkan positif 

Dalam pada itu memetik laporan mStar, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis mengesahkan Nia dan suaminya positif.

Kedua-dua mereka disahkan positif dadah jenis Metamfetamina atau syabu menerusi ujian air kencing.

Pasangan ini mengaku telah mengambilnya sejak 5 bulan lalu

Pasangan itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia, turut mengaku mengambil dadah jenis itu sejak lima bulan lalu.

Selain pasangan tersebut, pemandu peribadi mereka turut didakwa mengambil syabu selepas ditahan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.

“Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.”

Polis turut rampas barang bukti

Difahamkan, Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong), ” katanya.

Sementara itu, polis turut melakukan ujian terhadap rambut dan darah Nia dan Ardi untuk mengesahkan hasil dari ujian urin mereka.

Ketika pandemik pasangan ini berdepan tekanan kerja yang banyak

Bagaimanapun, pihak polis juga masih menyiasat perkembangan kes tersebut dan memburu pihak yang bertanggungjawab mengedar bahan terlarang itu kepada Nia.

“Pasti ramai yang bertanyakan apa motif daripada pelaku ini. Kalau dari maklumat awal ketika pandemik ini si suami isteri berdepan tekanan kerja yang banyak. Itu alasan klasik.”

Kemungkinan orang yang sama bekalkan kepada public figure lain

“Tapi kami akan terus menyiasat apa yang diberitahu dan akan menjejak dalang di sebaliknya.”

“Apa kemungkinan dia juga membekalkannya kepada artis atau public figure lain, ” ujarnya.

Terdahulu, hiburan Indonesia gempar dengan berita penahanan pelakon popular Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie didakwa berkaitan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan CNN, penangkapan pasangan ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan berita yang melibatkan pelakon itu.