Menjelang hari pernikahan, rasa takut dan gugup adalah perkara yang wajar dialami oleh calon pengantin.
Setiap pengantin berharap segala majlis yang dirancang akan berjalan dengan lancar dengan membuat persiapan rapi sebelum hari kejadian supaya tidak menganggu jadual dan memberi ketegangan kepada semua pihak.
Meskipun sudah berusaha untuk mengatur segala persiapan dengan rapi dan teratur, tetapi takdir kadang tidak menyebelahi kita.
Kisah ini boleh dikaitkan dengan video perkongsian di laman TikTok @arfazlinamokhtar80, yang berkongsikan tentang kisah adiknya terpaksa menghubungi ayah mereka semasa hari pernikahan.
“Bila wakalah bertukar.. kene jugak contact abah.. kalau tak adik tak dapat nikah.” tulis kakak kepada pengantin di ruangan kapsyen video TikToknya.
@arfazlinamokhtar80Bila wakalah bertukar.. kene jugak contact abah.. klw x adik x dpt nikah..🥴♬ original sound – LovetaScarvesSitiSarah
Difahamkan adiknya itu telah membuat wakalah wali pada awalnya tetapi disebabkan wakalah wali tersebut kurang sihat, jadi dia terpaksa menghubungi ayahnya itu.
“Tapi last minit wakalah wali tu tak sihat, ganti tok kadi lain..”
Walaubagaimana pun, dikhabarkan majlis pernikahan adiknya itu berjalan dengan lancar dengan pertolongan mak tiri mereka setelah 20 minit menghubungi ayah adik beradik itu.
@arfazlinamokhtar80 Reply to @sueempire94 ♬ Cinta – Marsha Milan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang simpati akan keadaan pengantin dan mendoakan agar dipermudahkan segala urusan pengantin itu.
Bukan itu sahaja ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman yang sama semasa hari pernikahan mereka.
Antara komen para netizen:
Sumber: TikTok @arfazlinamokhtar80