“Walau Akak buang Mama..Mama takkan pernah benci” Luahan Liana Rosli Untuk Anak Sulung

Seorang usahawan kosmetik sensasi, Liana Rosli mendedikasikan satu ucapan khas buat anak sulungnya, Nabila yang kini sudah menginjak usia 17 tahun hari ini.

19 Disember, lahirlah anak sulung mama

Menerusi perkongsian di Instagram, Liana yang juga anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu mengakui dia cukup bangga dengan anak perempuannya itu.

“19 Disember, lahirlah anak sulung mama @nabilamalu. Sejak akak (panggilan anak) lahir, akak tidur atas dada mama. Dari kecil akak anak yang bijak pandai”.

Kakak seorang anak yang baik dan dengar kata

“Mama bangga dengan akak sebab akak anak yang baik, yang boleh harap jaga adik-adik. Akak anak yang dengar kata. Mama sayang akak sangat”.

“Selalu mama fikir ‘kalau la aku tak ada, Bella mesti boleh jaga adik-adik dia’,” coretnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Mama nak akak gembira

Menurut Liana lagi, dia sentiasa mendoakan agar anak perempuannya itu dilindungi Allah dan mengecap kebahagiaan.

“Mama nak akak gembira sebab dari kecil, akak anak yang selalu gelak. akak anak manja”.

Jaga diri ya anak, bila-bila pun akak boleh minta mama apa sahaja

“Jaga diri ya anak…mama nak akak tahu, sampai bila-bila pun akak boleh minta mama apa sahaja,” katanya.

Malah hantaran tersebut turut mendapat respons anaknya yang terharu dengan apa yang dilakukan Liana sebagai seorang ibu selama ini.

Mama, saya menangis

“Mama, saya menangis. Selepas segala kesalahan yang saya lakukan, mama masih tetap bangga saya sebagai anak”.

“Terima kasih mama sebab sentiasa ada dengan akak walau dalam apa keadaan sekali pun,” katanya di ruangan komen.

Walau akak buang mama, mama takkan pernah benci akak

Dalam masa sama, Liana kemudian memberitahu bahawa rasa sayangnya kepada anak sulungnya itu tidak akan pernah pudar.

“Walau akak buang mama sekalipun, mama takkan pernah benci akak,” balasnya.

Netizen terharu rasa kasih sayang yang ditunjukkan Liana sebagai ibu

Perkongsian kata-kata Liana itu turut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terharu dengan rasa kasih dan sayang yang ditunjukkan Liana sebagai seorang ibu.