“Saya tak jual ayam, saya makan ayam” Nama Dipetik & Dituduh Pelawak ‘Bapa Ayam’, Wan Wala Bersuara

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan berita bekas pelawak sebuah rancangan televisyen Maharaja Lawak didakwa ditahan reman akibat eksploitasi seks di sebuah hotel. Kini ianya semakin menjadi bualan netizen dari hari ke hari.

Sebelum ini media telah melaporkan bahawa suspek yang direman adalah seorang pelawak terkenal.

Biarpun pada awalnya, identiti pelawak tersebut tidak didedahkan kepada umum, namun ada beberapa netizen membuat tuduhan dengan mengaitkan nama Tauke Jambu dan Shahrol Shiro.

Walau bagaimanapun, mereka berdua menafikan perkara itu bagi menangkis dakwaan individu yang ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad lalu adalah mereka.

Terbaharu muncul pula spekulasi netizen yang menimbulkan tuduhan juga kepada seorang pelawak iaitu Wan Wala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANNWALA (@wannwala7)

Pelawak Wan Wala terkilan apabila namanya dituduh sebagai pelawak yang terlibat dengan kes jenayah pemerdagangan manusia yang tular dalam media sosial sejak semalam.

“Kumpulan Wallah (Wala) lah. Orang Sabah yang badan sado tu. Buat malu je, tak pasal-pasal Tauke kena,” komen seorang netizen

Disebabkan itu, nama Wann, 38, pula tiba-tiba menjadi sasaran netizen yang menuduhnya sebagai pelawak terbabit menerusi satu laporan berita.

Akan tetapi, Wan telah memuat naik satu kenyataan dia akaun Instagramnya dengan berkata:

“Alhamdulillah kepada yang bercakap benda ni. Media kalau tak boleh nak beritahu cerita sebenar, janganlah buat isu yang boleh timbulkan fitnah okey.”

“Saya sibuk cari rezeki di Sabah dan bantu saudara yang memerlukan. Ayam memang saya tak jual, tapi saya makan.

“Jangan sampai merangkak nanti di Padang Mahsyar. Lebih baik jernihkan keadaan,” tulisnya lagi dalam hantaran InstaStory.

Beberapa hari yang lepas, media melaporkan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Amran Mohd. Ghani telah memaklumkan, seorang pelawak ditahan ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi.

Dalam serbuan tersebut, polis merampas sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon pintar.

Bagaimanapun, individu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis.