Wani Comel Meninggal Dunia, Foto Terakhir di Instagram Jadi Perhatian

Seorang gadis yang pernah viral, Wani Comel, 24, dimaklumkan telah meninggal dunia pada pukul 9 malam, Rabu, akibat jangkitan virus C19.

Malah, rakan baik Wani iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah juga meninggal dunia pada hari yang sama pada pukul 4.40 pagi semalam akibat jangkitan yang sama.

Menerusi laporan YOY.MY, khabar duka itu dikemaskini menerusi hantaran di akaun Instagramnya pada pagi Khamis difahamkan menerusi ahli keluarga Putri Rabiatul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by | 24 (@wanicomel20)

“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau Wani Comel dah kembali ke Rahmatullah pada jam 9 malam tarikh 18 Ogos 2021.

“Wani pergi pada hari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan positif C19. Allahuakbar Allahuakbar

“Sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi hari yang sama.

“Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan Al-Fatihah untuk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,” tulis pengendali akaun itu.

Berita menyedihkan ini turut menarik perhatian beberapa selebriti yang menzahirkan takziah antaranya Azwan Ali dan Zarina Anjoulie.

Rata-rata para pengikut Allahyarham meluahkan rasa sedih dan meninggalkan komen di laman instagram miliknya.

Post terakhir jadi perhatian

Namun begitu, satu muatnaik terakhir di laman Instagram Wani menjadi perhatian para pengikutnya.

Minggu lepas, Allahyarham Wani pernah berkongsi sijil digital yang menyatakan dirinya telah menerima vaksin lengkap.

Sebelum Wani, abangnya, Mohd Saidan Ibrahim terlebih dahulu pulang ke Rahmatullah sekitar sebulan lalu akibat serangan jantung di tempat kerja.

“Assalamualaikum. Saya nak minta jasa baik semua sedekahkan Al Fatihah buat abang saya yg telah kembali ke Rahmahtullah pagi tadi jam 8.30am.

“Saya sedang menunggu pihak polis uruskan kerana jenazahnya masih di tempat kejadian.
Abg saya jatuh ditempat kerjanya pagi tadi.

“Mohon sama2 sedekahkan AlFatihah buat arwah abg saya.”

Terdahulu, Wani yang berasal dari Jerantut, Pahang pernah mencuri tumpuan ekoran masalah berat badannya yang mencecah 300 kilogram sehingga tidak mampu berjalan.

Kisah Wani menjadi sorotan apabila dirinya mendakwa tertipu selepas teraniaya dan dimanipulasi oleh seorang jutawan kosmetik.

Wani mendakwa dia didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos 2019 untuk melantik dirinya sebagai duta produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.

Default image
admin
Articles: 750