Wanita ‘Multitask’ Patahkan Kacang Panjang Sambil Memandu, Semata-Mata Tak Nak Lewat Masak Lauk Berbuka

Bila bercakap mengenai soal wanita bekerjaya, mmereka merupakan wanita yang hebat lebih-lebih apabila mereka sudah pun mendirikan rumah tangga.

Iospital phone repair gombak

Hal ini disebabkan walaupun mereka mementingkan kerjaya, mereka juga tidak akan melupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh mereka sebagai seorang isteri dan juga ibu.

Memetik laporan MStar, tular sebuah kisah mengenai wanita yang merakamkan dirinya ‘multitasking’ mematahkan kacang panjang dengan tangan sambil memandu kereta.

Wanita yang mesra dikenali sebagai Tasha itu menyatakan bahawa kejadian itu dirakamkan ketika berada di dalam kereta pada hari pertama puasa yang lalu.

“Masa tu saya tengah hadap ‘jam’ (kesesakan lalu lintas) nak balik ke rumah dari ofis dekat Bandar Puchong Jaya.

“Sebelum balik rumah saya ada singgah kedai beli kacang panjang. Biasanya kalau tak sesak, lima minit pun dah sampai. Tapi disebabkan jam, perjalanan lima minit pun boleh jadi 30 minit.

“Saya keluar dari pejabat pukul 5.15 petang, tapi bulan puasa pukul 6.55 petang saya masih belum sampai rumah,” katanya.

Tasha yang memandu sendirian pada ketika itu menjelaskan bahawa kacang panjang itu dipatahkan untuk memasak sayur kacang panjang goreng dicampur telur dan ayam.

Akan tetapi, rancangannya itu tidak dapat diteruskan apabila tiba di rumah sudah pun hampir masuk waktu berbuka.

“Masa tu tak fikir apa dah. Dalam kepala ni niat nak balik rumah saja masak terus. Lagipun hari pertama puasa kan. Niat nak masak macam-macam tapi terkandas dalam jam. Niat tinggal niat sajalah.

“Padahal tengah hari tu saya tengok video viral dekat TikTok resipi sayur kacang panjang ni. Kacang panjang goreng dengan telur dan ayam.

“Tapi masa lauk tengah masak dekat atas dapur azan pun dah berkumandang jadi tak sempat nak buka puasa elok-elok,” ujarnya lagi.

Difahamkan Tasha yang sudah pun mendirikan rumah tangga bersama suaminya selama 7 tahun, turut berkongsikan pengalaman bahawa dia pernah juga membuang perut ikan bilis di dalam kereta tetapi ketika itu suaminya memandu di sebelah.

Sementara itu, Tasha turut meninggalkan pesan buat orang ramai mengenai kisahnya itu.

“Sebagai ibu dan isteri yang bekerja, masa amat terhad. 6.30 pagi dah keluar cari rezeki. 7 malam baru sampai rumah kemudian tukar syif jadi ibu dan isteri pula. Bukan nak kata susah, cuma terkejar-kejar. Kalau ada masa terluang tu, memang kena guna sehabis mungkin.

“Bulan puasa, jam makin teruk. Tambah pula awal puasa, ramai terkejar-kejar untuk berbuka bersama keluarga tercinta. Bersabar sajalah mampu. Dari segi urusan kerja dan rumahtangga di bulan puasa, tiada beza. Cuma kena pandai bahagi masa.

“Jadi buat semua wanita especially yang bergelar ibu, tidak kira berkejaya atau suri rumah, kuatkan semangat demi keluarga. Memang mustahil untuk jadi yang sempurna. Tapi sekurangnya, kita mencuba jadi yang terbaik,” pesan Tasha.

Video TikTok yang tular:

@fauishasha 1st day puasa. masing2 nak balik rumah cepat2 nk buka dengan famili tsayang.. but hakak pukul 6.55pm still sangkut dlm jem lagi #ramadhan2023 #jalanjemwoooiii #fypシ #fyp #siangsayur ♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect