Warga Emas Tahan Lelaki Ini Kerana Motornya Rosak, Rupa-Rupanya Ada Kisah Sedih Buat Ramai Sebak!

Dalam kehidupan ini, kita perlulah mempunyai sikap simpati terhadap orang lain kerana dunia ini ibarat roda, harini kita lihat orang susah, mana tahu satu hari nanti, kita pula yang memerlukan bantuan mereka.
Iospital phone repair gombak


Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda berkongsi satu kisah nyata yang membuatkan orang ramai sebak.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @Gaijin, dia terserempak dengan seorang pakcik yang menahan motornya untuk meminta pertolongan.


Difahamkan, motor pakcik tersebut rosak namun oleh kerana pemuda ini sudah lambat untuk ke tempat kerja, dia menolak pertolongan dengan cara yang baik.

“Pagi tadi time nak pergi kerja ada pakcik ni tahan minta tolong, aku minta maaf dekat dia sebab tak boleh tolong”

“Aku dah lambat nak masuk SG nak kerja. Bila dah gerak, tak sampai hati nak tinggal pakcik tu sebab dia lebih kurang sebaya ayah aku..” ujarnya.

Lelaki tersebut yang berpatah balik oleh kerana tidak sampai hati meninggalkan pakcik berkenaan dalam kesusahan bagaimana pun cuba membantu apa yang termampu.

Namun apa yang lebih terkilan, pakcik tersebut telahpun meletakkan beberapa komponen motor di bawah seat motorsikalnya namun hilang dicuri orang.


“Aku tak pandai sangat tapi aku cuba lah apa yang aku boleh, buka plug and check, plug dia basah. Dia cakap dia ada standby plug and spana plug bawah seat motor dia. Tapi orang curi. Aku terus terdiam”

“Aku tak tahu lah siapa yang ambil but ‘kalau lah’ budak motor yang ambil, jangan buat macam tu lagi. Biar kita nakal, biar kita jahat. Tapi jangan sesekali kita aniaya orang especially orang tua.”

Dia juga akui, pada mata kasar kelihatan pakcik tersebut diuji motor rosak dan barangan dicuri namun siapa sangka, dalam diam, pemuda ini juga turut diuji ketika pakcik berkenaan meminta pertolongan.

“Mungkin nampak pakcik tu yang diuji tapi sebenarnya aku tahu aku yang diuji, aku yang ada kudrat aku yang ada tenaga jadi Allah uji sama ada aku nak tolong dia atau tidak”

“Alhamdulillah motor dia hidup. Pakcik buat saya rindu sangat dekat abah saya. Lama saya tak jenguk dia. InshaAllah ada masa saya jenguk abah saya”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga sebak mendengar perkongsian lelaki tersebut dan berterima kasih kerana sudi membantu pakcik itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan untuk ke tempat kerja.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman TikTok:

@fxiz.znl♬ original sound – Gaijin🗡