Wartawan ‘Interview’ Isu Tiada Kaitan Dengan TokTi, Soalan Tentang Puteri Sarah Buat Netizen Berang

Kerjaya wartawan merupakan bidang tugasan yang memerlukan komitmen dan minat yang tinggi serta mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara.

Namun ada sesetengah wartawan yang kadang-kadang mengambil mudah tugasan mereka. Hal ini kerana apabila menemu bual selebriti ataupun ‘public figure’ yang terkenal sering kali menanyakan soalan yang tiada kena mengena.

Sama juga ceritanya dengan wartawan Melodi ini yang dikecam oleh netizen di platform Twitter.

Baru baru ini, Dato Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi ini muncul di kaca tv rancangan hiburan Melodi yang menawarkan pelbagai perkembangan semasa artis. Apa yang menjadi persoalan netizen ialah apabila salah seorang wartawan Melodi ini bertanyakan soalan yang langsung tiada kena mengena dengan isu yang ditekankan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @watieysoong di laman Twitter itu, seorang wartawan menanyakan soalan mengenai isu lailatul qadar dan rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof yang sedang hangat diperkatakan netizen sekarang.

Walaupun terkejut dengan soalan yang diajukan, Tokti tetap profesional dan menjawab soalan dengan tenang. Ujar beliau, dia enggan mengulas mengenai rumah tangga pasangan selebriti selain mendoakan yang terbaik agar kemelut mahligai bahagia mereka diselesaikan dengan baik.

Dalam masa yang sama, video itu membuat netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan wartawan yang dianggap menanyakan soalan “bodoh” dan langsung tiada kaitan.

Antara komen netizen di Twitter:

“Apa lah kaitan siti dengan Puteri Sarah? Wartawan hoi”.

“Dia menteri ke nak kena jawab semua isu dalam dunia ni?”

“Kalau boleh rumah dengan semua artis nak tanya komen pasal problem rumah tangga orang eh? Yang aneh2 je lah repoters ni”

Dalam pada masa yang sama, warganet berkata wartawan itu beruntung kerana jika soalan begitu diajukan kepada Noh Salleh, mungkin dia akan dihembuskan dengan asap vape seperti yang berlaku baru baru ini.

“Lain kali hembus je asap vape macam noh buat haritu”.

Video yang tular: