“Yang Hebat Je Mampu Buat Skill Ni” – Tular Video Cara Wanita Suap Anak Ini Raih Perhatian

Seperti yang kita ketahui, budak kecil akan makan bersepah kerana mereka baru sahaja pandai mengenal tekstur setiap makanan. Jika makanan itu menjadi kegemaran mereka maka banyaklah yang akan mereka jamah.

Namun, jika makanan yang disuap tidak disukai si kecil pasti ada sahaja makanan yang dikeluarkan semula oleh mereka dan bersepah di atas lantai.

Iospital phone repair gombak

Malah ada juga segelintir si kecil yang suka bereksperimen dengan makanan dan menjadikan makanan mainan mereka. Ada pula pula yang suka menyuap makanan kedalam mulut sendiri sambil bermain dengan makanan di atas pinggan.

Akan tetapi jika berada di rumah tetamu atau sesuatu majlis menyuap makanan buat si kecil agak mencabar bagi ibu bapa.

Ini kerana mereka perlu berhati-hati supaya pakaian yang dipakai tidak kotor dan lantai juga tidak bersepah dengan makanan.

Satu video telah tular  baru-baru ini memaparkan seorang wanita menyuap anaknya menggunakan skill hebat telah mencuri tumpuan ramai.

Malah, menerusi ruangan komen eramai tertanya-tanya skill si ibu suap anak tanpa comot dan makanan tumpah ke lantai.

Menerusi perkongsian video daripada @sijelitaaaa, kelihatan wanita itu sedang berada rumah keluarganya sambil menyuap anaknya makan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menyuap nasi ke mulut anaknya dengan sangat lancar dan tidak bersepah langsung.

Ternyata, skill suapan tersebut berjaya meraih perhatian kerana ramai yang tertanya-tanya bagaimana teknik yang dilakukan oleh wanita tersebut.

Rata-rata netizen terutamanya golongan mak-mak turut terpegun dan ingin belajar cara menyuap anak seperti wanita itu.

Ini antara komen menarik menerusi video yang tular :

“suapan tu dikira banyak tpi tetap tak sepah or tumpah , hebat hebatt”

“Tak sepah, tak comot, 1 tgn.. mak2 kne belajar skill nie”

“Sumbat makanan dalam mulut lepastu ibu jari letak dalam mulut sambil jari telunjuk sapu mulut tak bagi tumpah betul kan kakk.”

Ini video yang tular di TikTok:

@sijelitaaaa Yang hebat je mampu buat skill ni ☝🏻😮‍💨 #mom #momlife ♬ Kenapa awak tak cakap dari mula – Thegiftdragon

Setakat ini video berkenaan yang kini telah meraih 1.6M tontonan, 15613K tanda suka dan 1.5K perkongsian di laman TikTok.