Youtuber Buat Konten Prank Tangkap Basah Dikecam Netizen

Terdahulu viral mengenai YouTuber yang acah menampar wanita di pasar raya, namun lain pula ceritanya minggu ini yang memaparkan sekumpulan YouTuber yang tampil dengan konten prank tangkap basah.

Semakin hari, semakin teruk kualiti sesebuah konten. Kehadiran konten budaya prank yang berasal dari Barat ini jelas membimbangkan para netizen yang khuatir bakal menjadi ikutan para kanak-kanak dan remaja pada masa kini.

Namun demi meraih tontonan yang tinggi, ada sesetengah Youtuber yang langsung tidak memikirkan perkara tersebut dan terus menerus membuat konten yang tak masuk dek akal.

Menerusi video tersebut, kumpulan YouTuber yang terdiri daripada beberapa lelaki dan wanita ini berpakat untuk mengenakan dua orang ahli kumpulan mereka sendiri yang berada di sebuah rumah.

Situasi berubah menjadi tegang apabila tiga individu yang mendakwa mereka daripada ‘pihak penguasa agama’ mengetuk dan memasuki rumah yang diduduki kumpulan YouTuber ini.

Seperti yang dirancang, pihak penguasa agama melabelnya sebagai tangkap basah oleh kerana mendapati rumah tersebut sekadar didiami oleh seorang lelaki dan wanita.

Namun walaubagaimana pun, Prank tersebut mulai dihidu oleh pihak mangsa apabila pihak penguasa berkenaan bertindak untuk mengahwinkan mereka sekaligus memaklumkan semuanya hanyalah sekadar prank.

Walaupun YouTuber tersebut menjelaskan bahawa ianya sekadar untuk hiburan semata mata namun konten yang dibuat jelas tidak bersesuaian dengan tontonan penonton di Malaysia yang mungkin terdiri daripada para kanak-kanak dan remaja.

Apa yang lebih membuatkan para netizen bimbang, konten yang dilakukan itu disambut baik oleh peminat dan sesetengah netizen seolah-olah ingin menormalisasikan video yang membawa konten tidak baik.

Ketika artikel ni ditulis, video tersebut telah meraih 1,170212 tontonan, 83 tanda suka dan 5655 komen di Youtube.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen tidak bersetuju dengan konten Youtuber yang mungkin di anggap keterlaluan dalam menghasilkan video dan berharap agar semua pihak tidak menormalisasikan perkara-perkara seperti ini.

“Tbh , no need kau buat content cam ni cause subscriber kau semua underage . kalau diorang tengok , malu wei . aku as budak underage pun malu tengok yang sebaya or bawahan tengok content cam ni .

“No hate no dengki just straight to the point . tak kelakar wei sumpah tak kelakar tapi bagi budak ii yang bawah umur or same age dengan aku , aku tak tahu lah kelakar ke tak . tak kisah lah tho prank ke content ke apa ke atleast bukan prank theme gini au .

“yes i know , korang semua dah meningkat dewasa tapi takkan kau tak boleh nak fikir yang content cam ni salah and viewers kau semua budak ii 11 – 15 i guess .

“Sumpah wei sumpah tak kelakar kau buat content cam ni . apa yang gempak ? apa yang menarik ? satu pun tak menarik . kau as youtuber fikir ah dulu baru buat content ii camni ii camtu ii . tak malu ke budak ii tengok ? fikir ii kan lah.”

Dalam pada itu, ada juga yang mengingatkan tentang hukum melakukan prank dalam ajaran Islam.

“Assalamualaikum wbt…Hukum asal bagi gurauan atau prank adalah dibolehkan selagi mana gurauan tersebut tidak melampau dan boleh diterima oleh orang yang diajak bergurau.

“Sekiranya gurauan tersebut melampau seperti menipu orang lain, menakut-nakutkan, membuka aib pada orang ramai, dan tidak boleh diterima oleh orang yang diguraukan maka ianya adalah suatu perbuatan yang haram dan dilarang untuk melakukannya.

“Tambahan lagi, video prank yang dirakam tersebut di muat naik dalam media sosial dan akan ditonton oleh pengguna-pengguna lain, sekaligus menyebarkan aib seseorang yang menjadi mangsa.

“Oleh kerana itu, dinasihatkan agar mengelakkan dari menghasilkan video-video atau ‘content’ prank sedemikian yang boleh menjatuhkan maruah orang lain dan menyebarkan aibnya kepada masyarakat umum.

“Sebaiknya, video-video atau ‘content’ sedemikian perlu digantikan dengan video-video lain yang boleh memberi manfaat pada penonton serta dapat memberikan pengajaran.

“Harap dapat memperbaiki kesilapan”

Kredit: YOY Network