Youtuber Sugu Pavithra Masakkan Kari Kambing Tanpa Minyak Untuk Sazali Samad

Saluran Youtube telah menjadi salah satu lubuk pendapatan bagi mereka yang gemar berkongsi video secara umum.

Salah seorang yang telah berjaya menjana pendapatan adalah pasangan Youtuber Sugu Pavithra yang berkongsi video masakannya.

Ketengahkan masakan India dan fasih berbahasa melayu tarikan Sugu Pavithra

Mengetengahkan video resepi masakan India dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu, youtuber ini mula mendapat tempat dihati peminat.

Selain itu, tutur kata yang lembut dan dapur yang bersih juga salah satu tarikan Youtuber ini mendapat perhatian ramai.

Pavithra punyai raut wajah yang fotogenik

Malah, pasangan Youtuber ini juga turut berkongsi tip berguna yang sesuai semasa didapur seperti tip kuali berkilat yang telah tular sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Pavithra juga mempunyai raut wajah yang fotogenik sehinggakan mendapat pujian ramai apabila gambarnya menjadi ‘cover’ majalah sebelum ini.

Resepi diet iaitu kari kambing tanpa minyak

Menerusi video terbaru yang dimuat naik di saluran Youtube beliau, satu video masakan diet yang dimasak olehnya untuk seorang tetamu istimewa.

Mereka berkongsi resepi diet sihat kari kambing tanpa minya yang dimasak khas untuk Sazali Samad yang merupakan salah seorang atlit kebangsaan suatu ketika dahulu.

Video tersebut memaparkan, mereka sekeluarga menerima kunjungan khas Sazali Samad untuk menikmati air tangan Sugu Pavithra.

Tetamu disajikan masakan istimewa beralaskan daun pisang

Walaupun menu yang dimasak adalah menu sihat, namun hidangan beralaskan daun pisang itu tampak menyelerakan.

Malah, masakan tersebut turut mendapat pujian dari Sazali Samad dan juga tetamu yang hadir.

Resepi kari kambing Sugu Pavithra sesuai untuk diet

Sazali Samad turut mencadangkan resepi tersebut kepada mereka yang mengamalkan diet yang sihat.

Semoga pasangan Youtuber Sugu Pavithra terus berjaya dan berkongsi pelbagai resepi yang menarik untuk semua.

 

 

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.