Allahu.. Anak Shah THR Gegar bernyawa semula selepas 10 minit doktor sahkan meninggal

"ALHAMDULILLAH... anak saya bernyawa semula!," demikian luahan rasa syukur penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad mengenai keajaiban Allah selepas bayinya Aliff Khalifah yang disahkan meninggal dunia kembali bernafas seperti biasa. Cerita Shah, pada mulanya doktor mengesahkan bayinya itu meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang Rabu selepas alat sokongan hayat ditanggalkan. Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian, bayi [...]

“ALHAMDULILLAH… anak saya bernyawa semula!,” demikian luahan rasa syukur penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad mengenai keajaiban Allah selepas bayinya Aliff Khalifah yang disahkan meninggal dunia kembali bernafas seperti biasa.

Cerita Shah, pada mulanya doktor mengesahkan bayinya itu meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang Rabu selepas alat sokongan hayat ditanggalkan.

Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian, bayi yang dipeluknya itu secara tiba-tiba memberikan tindak balas hingga mengejutkan dia dan isteri, Izyan Shazana Mazlan.

“Mula-mula saya memang harapkan keajaiban berlaku dan ternyata Allah nak tunjukkan kebesaran-Nya.

“Aliff tiba-tiba tersedak dan dia masih bernyawa… keluar suara dan dia buka mata! Saya terkejut, dia masih bernyawa sampai sekarang,” ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, Shah menerusi aplikasi Whatsapp berkongsi berita sedih mengenai kematian anaknya yang baru tiga hari dilahirkan akibat komplikasi pada jantung sebelah kiri.

Bagaimanapun sejam kemudian Shah memaklumkan mengenai perkembangan terkini anaknya itu.

Dalam pada itu Shah berkata, doktor membenarkan anaknya untuk dibawa pulang meskipun masih berada dalam keadaan lemah dan sukar untuk bernafas.

“Doktor terkejut… lepas mesin dicabut, baby masih okey. Jadi doktor arahkan untuk kami bawa balik selepas bayi boleh bernafas tanpa mesin hayat.

“Alhamdulillah, saya gembira tetapi tetap takut kerana tak pasti keadaan dia selepas ini. Sebagai bapa sudah tentu saya harapkan anak saya kembali sihat. Apapun saya serahkan segalanya kepada Allah.

“Keadaan bayi ketika ini masih lemah… selepas ini baby Aliff akan dipantau oleh doktor,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.