“Bertahun ‘benda’ tu ada dalam badan” 34 Jarum Karat Keluar Dari Badan Bapa Fattah Anas

"RUPA-RUPANYA sudah bertahun 'benda' itu ada dalam badan" Demikian kata Mohamad Firdaus mengulas mengenai penyakit misteri yang dideritainya sebagaimana yang tular di media sosial, baru-baru ini. Mohamad Firdaus yang juga bapa kepada kanak-kanak comel, Fattah Anas yang pernah viral kerana keletahnya sebelum ini memuat naik satu perkongsian di laman Instagram menceritakan penderitaan dialaminya, dipercayai angkara [...]

Bapa kepada kanak-kanak comel Fattah Anas, Mohamad Firdaus mengulas mengenai penyakit misteri yang dialaminya sebagaimana yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Rupa-rupanya sudah bertahun ‘benda’ itu ada dalam badan”

Mohamad Firdaus memuat naik satu perkongsian di laman Instagram menceritakan apa yang dialaminya, dipercayai angkara sihir.

Menerusi perkongsian tersebut, Mohamad Firdaus turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan cecair seperti muntahdarah dan beberapa bilah jarum.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata dia hanya mengetahui mengenai keadaan dirinya selepas mendapatkan rawatan alternatif.

“Kalau ikutkan, saya sendiri tidak menyedari perkara ini. Namun apabila dapatkan rawatan alternatif, saya diberitahu sebenarnya dah lama kena… dah bertahun, jarum pun sampai karat. Ada 34 jarum semuanya.

“Bila diberitahu, saya cuba imbas semula apa yang berlaku sebelum ini. Dalam tempoh itu, ahli keluarga terutama isteri nampak perubahan ketara saya. Emosi tak stabil, panas baran, letih, lesu… bukan macam diri saya yang dulu.

“Tapi masa itu bila diberitahu, memang kita seboleh-bolehnya menidakkan. Kita cuba fikir positif saja. Tapi kebelakangan ini keadaan semakin teruk.

“Sampai ‘tangkap’ (sakit) leher, kaki bengkak, badan susut… akhirnya keluarga aturkan untuk bawa berubat,” kata bapa berusia 27 tahun ini.

Malah menurut Mohamad Firdaus, bukan hanya dirinya seorang, tetapi ibunya turut terkena ‘tempias’.

Sampai macam tu sekali… syirik ni kita tahu dosanya macam mana. Tak takutkah dengan Allah?

“Tempias dekat keluarga tu ada… ibu pun terkena. Terpaksa hadap juga,” katanya yang kini sedang berehat di Kuantan, Pahang.

Tambah Mohamad Firdaus, selepas beberapa hari mendapatkan rawatan, keadaan beransur pulih dan dapat merasai perubahan yang positif.

“Alhamdulillah, hari ini (Jumaat), adalah hari ketiga selepas berubat… Saya rasa tenang, lapang dan positif berbanding sebelum ini.

“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana mengenai apa yang berlaku kepada saya. Saya pelik juga bila fikir, ada orang yang benci sampai ke tahap itu. Ketika dengar apa yang diberitahu, lihat sendiri darahh dan jarum tu, saya rasa sedih.

“Sampai macam tu sekali… syirik ni kita tahu dosanya macam mana. Tak takutkah dengan Allah? Tapi saya enggan terlalu fikir, saya mahukan pahala maafkan orang. Saya masih okay.

“Mungkin ini juga hikmah untuk saya… Allah izin ini berlaku mungkin untuk ‘jentik’ saya dan dengan cara ini, saya lebih dekat dengan-Nya,”katanya lagi.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut dan mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.