Bil Elektrik Kena SST Jika Guna Lebih 600 kWj Sebulan

Cukai SST telah mula dilaksanakan sejak 1 September yang lepas. Beberapa item yang melibatkan SST telah menjadi tumpuan para pengguna terutamanya perkara yang melibatkan keperluan harian.

Penggunaan elektrik juga nampaknya tidak terlepas dari cukai SST. Cuma caj SST yang dikenakan hanya pada kadar tertentu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini telah mengeluarkan satu notis kepada pelanggan dimana SST ataupun Cukai Jualan Dan Perkhidmatan sebanyak 6 peratus akan dikenakan kepada penggunaan elektrik melebihi 600 kWj.

Pelanggan yang dihargai,
Merujuk kepada laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia,  dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 September 2018, Service Tax (ST) 6% akan dicaj kepada penggunaan elektrik melebihi 600 kWj bersamaan RM231.80 untuk kategori Domestik (Kediaman) bagi tempoh pembilan 28 hari dan ke atas.
Bagi bil Ogos/September 2018, caj ST akan ditentukan berdasarkan penggunaan elektrik mulai 1 September yang dikira secara pro-rata.
Informasi lanjut mengenai Service Tax, sila layari laman sesawang www.customs.gov.my

Penguatkuasaan cukai SST itu dilaksanakan bermula 1 September 2018. Walaubagaimanapun pelaksanaan cukai SST ini hanya kepada penggunaan elektrik melebihi 600 kWj.

Ini bermakna jika bil elektrik bulanan rumah anda melebihi RM231.80, barulah cukai SST dikenakan.

[su_note note_color=”#d8d8c3″]Sumber Rujukan: TNB[/su_note]

Default image
admin
Articles: 818

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.