Cabaran Penggali Kubur Musim Hujan, Tabah Keluarkan Air Untuk Kebumikan Jenazah

Berhari-hari hujan lebat turun secara berterusan, sehingga mengakibatkan berlakunya banjir di beberapa negeri, menyebabkan aktiviti harian terganggu. Turut terkesan akibat banjir adalah apabila berlaku kematian, dengan cuaca yang tidak menentu sudah semestinya menyukarkan pihak pengurusan terutama yang bertugas sebagai penggali kubur. Baru-baru ini, di sosial media telah tular beberapa foto memaparkan keadaan kubur yang telah [...]

Beberapa hari ini hujan lebat turun secara berterusan, sehingga mengakibatkan berlakunya banjir kilat di beberapa negeri dan menyebabkan aktiviti harian terganggu.

Tidak terkecuali adalah akibat banjir adalah apabila berlaku kematian, dengan cuaca yang tidak menentu sudah semestinya menyukarkan pihak pengurusan terutama yang bertugas sebagai penggali kubur.

Baru-baru ini, di sosial media telah tular beberapa foto memaparkan keadaan kubur yang telah digali habis ditenggelami air banjir.

Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat seorang lekaki tetap gigih mengeluarkan kesemua air yang bertakung di dalam lubang kubur tersebut, supaya pengembumian dapat dijalankan.

Berdasarkan gambar, memang banyak dugaan dan cabaran buat para penggali kubur apabila banjir melanda.

Namun, atas rasa sifat tanggungjawab melaksanakan ibadah fardhu kifayah, tetap juga meneruskan penggalian kubur.

Foto-foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, majoriti mendoakan agar individu yang menggali kubur itu dipermudahkan urusannya.

Ternyata pengorbanan penggali kibir tersebut membuatkan semua orang terharu dan kagum melihat kegigihannya.

Semoga ada balasan baik dan ganjaran pahala buatnya yang gigih membantu menguruskan urusan pengebumian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.