Diseret 1 kilometer sebelum pemandu lori sedar ada penunggang motosikal di bawah kenderaannya

Kuala Lumpur: Penunggang motosikal maut selepas diseret kira-kira satu kilometer dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang, Batu Caves, di sini, hari ini. Dalam kejadian 1 tengah hari, mangsa Wong Chun Hung, 20, yang menunggang motosikal jenis MZ Motorrad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik [...]

Seorang penunggang motosikal maut selepas diseret kira-kira satu kilometer dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang, Batu Caves, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari, mangsa Wong Chun Hung, 20, yang menunggang motosikal jenis MZ Motorrad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di lorong kiri melanggar lopak air.

“Mangsa kemudian terbabas sebelum terjatuh ke lorong tengah jalan dan dilanggar sebuah lori.

“Akibat itu, mangsa tersepit di bawah lori terbabit dan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Zulkifly berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Redzuan Manap berkongsi foto kejadian.

“Diseret satu kilometer sebelum pemandu lori sedar ada penunggang motosikal di bawah kenderaannya.

“Kejadian berlaku di MRR2 selepas bulatan Batu Caves menghala Kepong ketika hujan lebat. Pemandu hanya sedar kejadian apabila penunggang motosikal lain membunyikan hon .

“UPDATE : Mangsa, Wong Chun Hung, 20 yang menunggang motosikal jenis MZ Motorrad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan dapati mangsa di lorong kiri melanggar lopak air. Mangsa kemudian terbabas sebelum terjatuh ke lorong tengah jalan dan dilanggar lori.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.