“Isu viral ni dah lama hari ni makin jadi heboh, jangan guna agama sebagai topeng..” – Bapa Da’i Syed

Tuduhan merogol seorang gadis yang dilemparkan kepada pendakwah muda Da’i Syed sejak semalam telah menjadi bualan hangat dan mengundang pelbagai persolan netizen. Hal ini selepas seorang pengguna Twitter memuat naik beberapa paparan skrin mesej yang diterima daripada individu yang mendakwa menjadi ‘mangsa’ pendakwah tersebut. Selepas tular hal tersebut, pendakwah berusia 25 tahun itu bertindak membuat [...]

Tuduhan merog*l seorang gadis yang dilemparkan kepada pendakwah muda Da’i Syed sejak semalam telah menjadi bualan hangat dan mengundang pelbagai persolan netizen.

Hal ini selepas seorang pengguna Twitter memuat naik beberapa paparan skrin mesej yang diterima daripada individu yang mendakwa menjadi ‘mangsa’ pendakwah tersebut.

Selepas tular hal tersebut, pendakwah berusia 25 tahun itu bertindak membuat laporan polis susulan fitnah yang diterima olehnya.

Segala didikan agama & teguran sudah diberi

Tidak lama selepas itu, satu perkongsian Facebook daripada bapa Da’i Syed telah tular apabila dia meluahkan isi hatinya terhadap kontroversi yang dilalui anaknya itu.

“Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral. Masing² menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yg bertanya..

“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya , namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.

“Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhoi sebelum ianya terlambat.

“Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil.
Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yg bermuamalah dengan dia supaya berhati² lah, terutama pada wanita.

“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak.. kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik²nya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan² sindiran dan ejekan dari teman² disekolah.

“Bagi mereka² yg pernah menghubungi untuk mengadu kpd saya (yg mengaku mangsa) , pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

“Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.

“Sabda Nabi “Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” – Hadist.

“Peringatan terbuka kepada Dai Syed : “Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis.

“Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah kejalan Allah dan jalan leluhurmu.. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu..”

“Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati.”

Rela anak diadili sewajarnya

Menurut Seif Jamalullail, dia sudah memberikan didikan dan saranan agama sejak dari kecil lagi kepada anaknya itu.

Segala nasihat dan juga teguran sudah diberikan. Namun begitu, Da’i Syed didakwa sudah dua tahun tidak membalas sebarang mesej yang dihantar.

Jadi, beliau hanya mampu berserah kepada Allah S.W.T dan rela jika anaknya diadili sewajarnya. Tambahnya, isu ini sudah lama heboh sehingga mereka sendiri letih untuk menghadapi perkara tersebut.

“Kami semua rindukan Iqmal yang dulu…”

Dalam pada itu, Seif turut memberi pesanan terbuka kepada anaknya agar meninggalkan dunia selebriti dan kembali kepada jalan yang betul.

Malah jika semua perkara yang didakwa media adalah benar, diharap Da’i Syed tidak menggunakan agama sebagai topeng bagi menutup segala perbuatan yang tidak baik.

Terdahulu, Da’i Syed yang juga peserta program Da’i pada tahun 2016 telah dituduh merog*l apabila pengguna Twitter @ainunnajwa membuat pendedahan tersebut yang didakwa berlaku terhadap rakan baiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.