Kanak-kanak OKU 4 Hari Tak Makan Minum, Ibu Dijumpai Terbaring Mati

Satu mayat wanita ditemui manakala anak lelakinya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) dijumpai dalam keadaan lapar dan dahaga di rumah mereka di Taman Impian Emas, dekat Skudai, tengah malam tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba Johor Bahru, Mohd Saifulizam Mohd Salleh berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 tengah malam, bergegas ke tempat kejadian dengan satu jentera dan unit bantuan perkhidmatan kecemasan beserta sembilan anggota.

“Pihak kami dimaklumkan oleh seorang daripada anak mangsa (lelaki), yang pintu rumahnya tidak boleh dibuka. Apabila menjenguk ke dalam rumah melalui atas pintu, seorang daripada anggota ternampak seorang wanita terbaring di ruang tamu berkenaan.

“Selepas diberi kebenaran oleh anak mangsa untuk memecahkan pintu, kami dapati wanita berkenaan telah pun meninggal dunia lebih dari 24 jam,” katanya.

Pihak bomba juga menjumpai seorang kanak-kanak OKU berusia 12 tahun, dipercayai sudah empat hari tidak makan.

Mayat mangsa, yang dikenali sebagai Chiong Chan Lin, 63, diserahkan kepada Balai Polis Skudai untuk tindakan lanjut manakala identiti anak lelakinya tidak dapat dikenalpasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah teres setingkat itu.

“Simati disyaki maati sejak lima hari yang lepas. Anak simati yang pulang ke rumah mendapati pintu berkunci dan simati tidak menyahut panggilan,” kata beliau.

Anak lelakinya berkata, ibunya memang tinggal berdua dengan adik lelakinya yang menghidap Sindrom Down dan jarang dikunjungi saudara mara.

Mohd Taib berkata, post mortem ke atas mayat mangsa dijalankan di Hospital Sultanah Aminah.

Menurutnya, kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai maati mengejut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.