“Macam Tak Percaya Aku & Achey Tengok Pusara Kau ..” Luah Fad Bocey

Kehilangan ahli kumpulan Bocey, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, amat dirasai semua orang terutama teman rapatnya, Fad.Fad akui dia masih belum percaya dengan berita pemergian Abam yang meninggal dunia dipercayai akibat demam panas. "Aku masih lemah untuk terima semua ini, macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau [...]

Pemergian ahli kumpulan Bocey, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, amat dirasai oleh segenap masyarakat terutama teman rapatnya, Fad

.Fad yang tidak dapat menghadiri upacara pengebumian Abam mengakui dia masih belum percaya dengan berita pemergian Abam yang meninggal dunia dipercayai akibat demam panas.

“Aku masih lemah untuk terima semua ini, macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau kau tapi aku tau aku kena reda,” tulisnya di Instagram Stories.

Malah, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam menyatakan hasratnya untuk menziarahi pusara arwah sejurus tiba dari Tokyo, Jepun.

“Mudah dan hebat bahagian kau bam, ramai yang sayangkan kau apatah lagi aku, kalau nak dihurai perasaan ini terlalu banyak sahabat.

“Insya-Allah esok aku ziarah kau ye. Assalamualaikum, al-fatihah Syed Umar Mokhtar,” coretnya di sebuah entri.

Semalam , pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi.

Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.