Melawat Bapa Dipenjara, 6 Beradik Lepas Rindu Selepas Kematian Ibu Menjelang Raya

Sebelum ini tular satu berita pemergian seorang ibu yang meninggalkan 6 orang anak termasuk seorang bayi 19 bulan dan bapa mereka tiada kerana menjalani hukuman penjara.

Semalan tular satu berita mengenai enam beradik yang kematian ibu mereka apabila mereka dibawa untuk bertemu bapa yang menjalani hukuman penjara, terubat apabila dipertemukan dalam satu majlis khas di Penjara Sungai Udang di Melaka, hari ini.

Terubat kerinduan mereka pada si bapa apabila mereka boleh berjumpa bapa mereka selama 45 minit bermula 11.30 pagi itu.

Adegan menyentuh hati itu pantas mengundang deraian air mata serta emosi apabila Mohd Fauzi (bukan nama sebenar), 33, dapat mendakap kesemua enam anaknya berusia 12 tahun hingga 19 bulan.

Ini merupakan pertemuan pertama kali sejak mereka berpisah pada 23 Januari lalu kerana menjalani hukuman penjara akibat kes dadah.

Timbalan Penguasa Penjara, Jabatan Penjara Sungai Udang, Mohd Sazeli Mohd Noor berkata, pihaknya mengambil inisiatif itu atas keprihatinan terhadap nasib enam beradik itu.

Disamping itu, orang ramai yang membantu mereka setelah kematian ibu akibat kemalangan motosikal ditunggang bertembung dengan haiwan di hadapan Ladang Sungai Baru, Kampung Simen, Rembau, Negeri Sembilan, pada April lalu.

Beliau turut mengulas, atas dasar keprihatinan terhadap nasib dialami enam beradik serta kebajikan banduan, jabatan penjara mengaturkan perjumpaan itu bagi membolehkan pasangan keluarga itu menghabiskan masa selama 45 minit.

Program ini dapat dibuat selepas mengambil kira kesalahan kali pertama banduan yang menjalani hukuman penjara setahun kerana kesalahan dadah, selain mempunyai rekod berkelakuan baik.

Jabatan penjara juga dalam proses untuk memberi pelepasan parol di luar penjara terhadap banduan ini yang mempunyai baki hukuman penjara dua bulan.

Ini bermakna, selepas Aidilfitri ini kita menjangkakan banduan ini dapat menjalani pelepasan parol seterusnya dapat bersama keluarga,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Menurut Mohd Sazeli, selepas menemukan anak bersama bapa mereka di dalam penjara, Jabatan Penjara Sungai Udang turut membawa kesemua enam beradik itu ke Mydin Mall Ayer Keroh, untuk membeli persiapan hari raya berupa baju raya bagi meraikan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba

Kita mengambil inisiatif sendiri mengambil enam beradik yang ditemani ibu saudara di Rembau untuk dipertemukan dengan bapa mereka di penjara di Sungai Udang.

Di samping itu, kita juga membawa kesemua mereka berusia 12 tahun, 10 tahun, 9 tahun, 7 tahun, 4 tahun, dan 19 bulan untuk membeli pakaian raya, selain Jabatan Penjara sendiri turut menyampaikan wang tunai perbelanjaan hari raya sebanyak RM500,” katanya.

Disamping itu, Mohd Sazeli turut menyeru individu atau penjenayah supaya tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan lampau kerana sebarang perlakuan jenayah bukan hanya memberi kesan terhadap individu tetapi kepada keluarga serta masyarakat.

Menurut NSTP bertarikh 25 April lalu melaporkan, enam beradik tidak lagi berpeluang meraikan Ramadan dan Syawal bersama ibu tersayang selepas wanita itu meninggal dunia dalam kemalangan motosikal di hadapan Ladang Sungai Baru, Kampung Simen, Rembau, Negeri Sembilan.

Berita sedih ini turut meruntum jiwa kerana Allahyarhamah yang berusia 35 tahun menanggung dan menguruskan kehidupan enam anaknya selepas suaminya menjalani hukuman penjara.

Kisah ibu mereka yang berkerja keras menanggung mereka 6 beranak yang terpaksa bangun seawal jam 3 pagi untuk menjual nasi lemak, selain bekerja sebagai pekerja pembersihan untuk menampung kehidupan semua anaknya.

Semoga kisah yang meruntum jiwa ini dijadikan pengajaran kepada semua. Semoga kisah sedih 6 beradik ini terbela dan mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Sumber: Harian Metro

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.