[VIDEO] Hairan Bagaimana Palang Masuk Ke Dalam Kereta? Video Ini Jelaskan Segalanya

Sebelum ini warga maya terutamanya di Facebook pening memikirkan bagaimana palang tol boleh masuk ke dalam  sebuah kereta Toyota Vios.

Foto-foto tersebut telah menjadi viral dan membuatkan semua tertanya-tanya kedudukan palang yg seolah-olah masuk dari sisi.

Kereta itu sebenarnya milik seorang lelaki yang  dipercayai leka bermain telefon bimbit sehingga merempuh palang di Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan.

Kejadian itu berlaku pada jam 7.50 pagi di mana pemandu kenderaan jenis Toyota Vios berusia 26 tahun dikatakan tidak berhenti di pondok tol berkenaan dan merempuh palang tol berkenaan.

Palang tol berkenaan tidak patah sebaliknya melentur sehingga masuk ke bahagian dalam kereta melalui tingkap sebelah pemandu akibat rempuhan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, pemandu kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan disebabkan kelekaan semasa memandu kenderaan dia telah disaman atas kesalahan berkenaan.

Video Di Bawah Menunjukkan Bagaimana Palang Tol Masuk Ke Dalam Toyota Vios

Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi dan diharapkan semua pemandu berhati-hati ketika berada di jalan raya.

Default image
admin
Articles: 818

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.