[VIDEO] Sedondon Pakaian Dengan Keluarga Neelofa, PU Riz Akhirnya Beri Penjelasan

Desas-desus mengenai hubungan pengacara popular negara Neelofa dan seorang Pencetus Ummah terus menjadi tanda tanya.

PU Riz hadir ke majlis perkahwinan adik lelaki Neelofa

Malah, kehadiran PU Riz ke majlis perkahwinan adik lelaki kepada usahawan dan selebriti popular, Neelofa iaitu Mohamed Aqief mengundang perhatian warganet.

 

View this post on Instagram

 

Majlis akad nikah Aqief & Aina ♥️ #aqiefaina

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page) on

Pencetus Ummah Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail tampil mengenakan baju Melayu kelihatan hampir sedondon dengan pengacara MeleTOP itu serta ahli keluarga pengantin yang lain.

Menerusi laman Instagram peminat Neelofa @lofa.page, beberapa posting gambar dan video sekitar majlis tersebut dikongsi untuk tatapan umum.

PU Riz Jawab Spekulasi Netizen

Riz, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang kini menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah di Wangsa Maju akhirnya memberikan penjelasan berhubung spekulasi itu.

Menurut beliau,  hubungannya dengan pengacara popular, Neelofa, hanya atas dasar kerja semata-mata.

“Saya dah jelaskan sebelum ini dan konsisten dengan jawapan itu. Saya minta maaf kalau ada yang nakkan jawapan yang saya tak boleh bagi”.

Saya dipanggil atas dasar kerja

“Saya cuma cakap, saya dipanggil atas dasar kerja. Saya dah lama kenal Lofa dan program yang dibuat sebelum ini pun dapat perhatian media”.

 

View this post on Instagram

 

♥️♥️♥️♥️ #aqiefaina #NLFH #NHtilljannah

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page) on

“Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik dan lain. Tidak ada soal hati atau perasaan antara kami seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.

Neelofa hanya rakan kerja

Jelasnya lagi, seringkali dia memberitahu kepada umum bahawa Neelofa hanyalah rakan kerja tanpa membabitkan perkara lain.

“Saya hanya mahu sampaikan dakwah, tidak lebih daripada itu. Sama-samalah kita berdoa agar diberikan jodoh yang baik”.

“Nak kahwin kena ada empat perkara dan yang paling penting ialah agama. Kita ambil agama dan sesungguhnya agama akan membantu kita”.

 

View this post on Instagram

 

Majlis akad nikah Aqief & Aina ♥️ #aqiefaina

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page) on

Kami dah lama buat kerja dakwah

“Saya dan Lofa hanya bekerja sahaja. Kemana-mana berdua pun atas faktor kerja. Kami dah lama buat kerja dakwah,” katanya.

Menurutnya lagi, perkara ini perlu dilihat sebagai satu usaha dakwah dan melakukan perkara yang baik.

“Untuk tahun ini saja kami dah kumpul lebih satu juta ringgit. Syukurlah untuk satu pertubuhan yang baru, ia dikira amat pantas” lapor Harian Metro.

Saya cuma nak berdakwah untuk akhirat saya

“InsyaAllah kami akan menubuhkan yayasan pula selepas ini. Kalau warganet nak cakap apa, saya tiada kuasa untuk halang. Saya cuma nak berdakwah untuk akhirat saya”.

 

View this post on Instagram

 

فظفر بذات الدين .تربت يداك 🤍 #neelofa #nilofabananamilk #goshoplive • 📷 AqoImran 4820

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page) on

“Mengulas soalan Lofa ada ciri-ciri wanita idaman, apa yang boleh dikata, saya menghargai usaha seseorang untuk menutup aurat dan sebagainya”.

“Bukan Neelofa sahaja tapi semua wanita diluar sana yang menutup aurat dengan baik amat saya hargai,” katanya yang berhasrat mengumpul saham akhirat.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kedua-dua mereka bertemu jodoh yang baik kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.