“Ya… Tiada kasut sebab saya miskin” Atilia Jawab Teguran Berkaki Ayam di Pasaraya

Baru-baru ini, penyanyi Atilia Haron telah berkongsi satu video dimana dia melakukan senaman yoga dengan tidak memakai kasut dan memegang makanan di sebuah pasar raya.

Perkara tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen di laman Instagram.

Tindakan yang dianggap tidak mementingkan kebersihan itu telah mengundang kebimbangan netizen memandangkan negara masih belum bebas dari wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 46, menjelaskan dia membuka topeng muka buat sementara untuk melakukan senaman tersebut dan turut membeli barang yang dipegangnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atilia Haron (@atiliaharon) on

“Saya ada mask. Saya buka sekejap dan letakkan ia di leher. Ya… tiada kasut sebab saya miskin. Pegang barang sebab saya suka coklat itu dan saya beli.

“Saya rasa ia pegang dan beli. Is that okay? Hanya orang yang lakukan yoga akan faham,” kata Atilia membalas salah satu komen netizen.

Video yang dikongsikan Atilia di laman Instagram miliknya itu kini mendapat lebih 11,000 tontonan dan 70 komen pengikutnya.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi legenda Salamiah Hassan itu turut memberitahu dia memahami keadaan pandemik telah menyebabkan segelintir masyarakat terpaksa hidup dalam kesusahan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu ‘Bahagiaku’ itu tidak mempunyai sebarang niat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dengan memuat naik video tersebut: “Pandemik telah menyebabkan kesusahan dalam kehidupan segelintir masyakat. Apa yang saya lakukan untuk meringankan suasana.

“Jika perkara ini menyinggung perasaan awak, saya tiada niat untuk berbuat demikian. Terima kasih kerana memahami dan have a good day,” ujar Atilia yang juga menegaskan dia sudah mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan yang menjaga pasar raya itu untuk membuat rakaman.

Default image
admin
Articles: 818

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.